Monday, 12 December 2011

Dampak Globalisasi ke atas Masyarakat Global yang Baru...

Tajuk kali ini ialah.... ( seperti d atas.. ) .. Ok, mari kita melihat globalisasi yang "berjangkit" dalam kalangan masyarakat baru.

Globalisasi Dari Segi Ekonomi

          Globalisasi ekonomi merujuk kepada sempadan ekonomi antara dunia yang semakin runtuh dan seluruh dunia menjadi satu unit yang boleh dihubungkan dengan cepat dan mudah. Hal ini juga dikenali sebgai dunia tanpa sempadan. Dalam globalisasi ekonomi baru, dunia terbahagi kepada tiga iaitu dunia pertama, dunia kedua dan dunia ketiga. Dunia pertama ialah dunia  maju yang demokratik dan mengamalkan sistem ekonomi pasaran bebas seperti Amerika Syarikat. Dunia kedua ialah negara-negara komunis yang menjadi sekutu Moscow. Manakala dunia ketiga ialah dunia yang membangun dan masih dalam proses kemajuan dan pembangunan seperti Indonesia.

          Globalisasi ekonomi memberi cabaran yang hebat terhadap sebarang usaha untuk menyebarkan pembangunan ke kawasan kurang maju. Globalisasi seolah-olah tidak banyak membantu negara-negara yang berusaha untuk membangunkan kawasan yang masih mundur. Globalisasi ekonomi juga melibatkan aktiviti eksport dan import dimana barangan dari negara lain masuk ke negara lain. Sebagai contoh, perlambakan barang dari negara cina dan korea di Malaysia adalah kesan globalisasi. Globalisasi ekonomi memberi kesan yang positif dan negatif kepada msyarakat global yang baru. 

Kesan positif :
       * Globalisasi akan terdapat pula jenis pasaran bebas dimana perdagangan dan perniagaan akan menjadi
          lebih luas.
       * Selain itu, negara itu akan menerima tenaga buruh yang lebih mahir dan berpengalaman dalam
          menguruskan ekonomi.
       * Teknologi yang maju dan mencapai standart juga dapat dialirkan ke dalam negara.
       * Akan meningkatkan pengeluaran dan kualiti produk.

Kesan negatif :
       * Akan berlakunya penguasaan ekonomi negara oleh syarikat Multinsional ( MNC ).
       * Ekonomi luar boleh mengancam kepada barangan, perkhidmatan dan budaya ekonomi maysrakat
          domestik.
       * Akan memberi ancaman kepada pengusaha kecil dan sederhana tempatan.
       * Akn menyebabkan kesukaran untuk mengawal aliran modal asing.

Globalisasi Dari Segi Pendidikan


          Pendidikan di Malaysia adalah tidak statik dan ia boleh berubah-ubah dari satu masa kesuatu masa. Banyak sebab mengapa pendidikan menjadi sesuatu yang dinamik. Ia boleh berubah sejajar dengan perubahan sistem politik yang memerintah, keperluan negara, keperluan individu dan perkembangan ilmu itu sendiri sama ada diperingkat rendah mahupun di peringkat tinggi. Berikut adalah imperialisme pendidikan yang sering berlaku dan ia memberi kesan yang mendalam terhadap peradaban dan tamadun negara :

        * Perubahan pada kurikulum pendidikan
        * Perubahan pada sistem pendidikan
        * Falasafah pendidikan
        * Penggunaan teknologi maklumat
        * Pendemokrasian pendidikan
        * Integrasi nasional

Globalisasi Dari Segi Budaya Dan Hiburan.


          Globalisasi kebudayaan berlaku apabila penularan kebudayaan masyarakat luar masuk ke dalam sesebuah negara. Pengaruh kebudayaan ini adalah bersifat positif dan jufa negatif. Penularan ini boleh membentuk masyarakat yang baru yang lebih moden dan bukan lagi bersifat tradisional. Budaya seperti budaya berpakaian. Jika dahulu masyarakat tradisional Malaysia khususnya suka memakai baju kurung, kain batik dan kain pelekat, namun kini budaya itu semakin 'pupus' dan dilupakan. Masyarakat lebih suka memakai pakaian yang lebih "trendy" dan "verstyle" seperti seluar jeans, skirt dan sebagainya. Selain itu, bagi ana muda sekarang, mereka lebih mengenali budaya hip hop, punk dan sebagainya.

          Jika dilihat zaman modenisme hari ini, banyak sumber hiburan yang berleluasa terutamanya di malaysia. Banyak pusat-pusat hiburan yang dibina untuk tujuan berlibur dan berseronok sepertii pusat 'game', disko dan sebagainya. Penularan budaya masyarakat barat nyata memberi impak kepada pemuda pemudi khususnya di Malaysia. Remaja kini lebih senang untuk menghilangkan strees mereka dengan berhibur bersama-sama rakan dan melakukan perkara-perkara yang baru.

          Jika pada zaman datuk dan nenek kita, pusat-pusat hiburan ini tidak wujud dan mereka berhibur dengan cara yang lain seperti mendengar cerita panglipur lara, bermain permainan tradisional tetapi anak muda zaman sekarang menggunakan hiburan seperti mendengar muzik barat atau luar negara di pusat-pusat hiburan, berkinja-kinja di disko dan sebagainya salah satu aktiviti yang menyeronokkan. Namun terdapat kesan-kesan dengan pembaharuan trend masyarakat global kini.
Antaranya :

Kesan negatif :
        * Penularan budaya yang negatif dari barat.
        * Masyarakat akan melupakan sejarah dan peradaban budaya sendiri.
        * Keruntuhan akhlak remaja.
        * Masyarakat akan menjadi semakin obses dengan budaya yang baru sehinggakan hilang nilai
           kubudayaan dalam diri.

Kesan positif :
        * Perubahan budaya akan menyebabkan perubahan daripada masyarakat tertutup kepada masyarakat
           terbuka.
        * Masyarakat akan lebih berfikiran terbuka terhadap sesuatu perkara.
        * Akan meningkatkan ilmu dan pengetahuan masyarakat.

Globalisasi Dari Segi Teknologi


          Lazim ditekankan hubungan intim lagi simbiotis antara globalisasi dan teknologi maklumat, yang dikenali dengan singkatan Inggerisnya, IT (Information Technology).  IT dikatakan kritikal dalam memberi tapak kejayaan kepada pertumbuhan dan perkembangan pantas globalisasi. Dengan itu, muncul pandangan bahawa
kehadiran IT telah membuka jendela baru dalam capaian, untuk sesiapa sahaja dalam memperolehi ilmu, yang terjelma dalam pelbagai bentuk, dalam dunia ekonomi baru (K-Ekonomi) dan masyarakat baru (K-Masyarakat), lalu dikatakan pula akan menjanjikan kesejahteraan hidup baru yang bersendikan prinsip
kesaksamaan (equity). 


           Dalam keseluruhan proses ini, ilmu dianggap anak kunci terbesarnya. Oleh itu, tidaklah hairan untuk setiap negara sedang maju, termasuk Malaysia dan Indonesia,  menjadikan IT sebagai wahana untuk mencapai matlamat pembangunan masing-masing. Yang sebenarnya diimpikan  negara tersebut ialah
membina K-Ekonomi dan K-Masyarakat yang berdaya maju. Teknologi Informasi (TI) dan multimedia telah memungkinkan diwujudkannya pembelajaran yang efektif dan menyenangkan, yang melibatkan siswa secara aktif. Kemampuan TI dan multimedia dalam menyampaikan pesan dinilai sangat besar.

         Dalam bidang pendidikan, TI dan multimedia telah mengubah paradigma penyampaian materi pelajaran kepada peserta didik. Computer Assisted Instruction (CAI) bukan saja dapat membantu guru dalam mengajar, melainkan sudah dapat bersifat stand alone dalam memfasilitasi proses belajar. Dengan adanya kemajuan dalam teknologi ini, masyarakat dan negara kan bertambah maju kerana terdapatnya penularan teknologi yang canggih dan saluran ilmu pengetahuan yang hanya " di hujung jari ". Terdapat kesan-kesan positif dan kesan negatif penularan teknologi kini. Antaranya :

Kesan positif :
        * Kemasukan teknologi canggih ke dalam negara.
        * Meningkatkan kemajuan sesebuah negara dengan adanya pembaharuan-pembaharuan yang
           membina.
        * Memudahkan urusan seharian.
        * Membuka fikiran masyarakat berkenaan dengan input-input dari luar.

Kesan negatif :
        * Penyalahgunaan teknologi.
        * Masyarakat akan bergantung dengan teknologi sepenuhnya. Akan menjadikan masyarakat
           menjadi  malas.
        * Penularan bahan-bahan berunsur pornografi.
        * Remaja akan menjadi lalai dengan permainan video game dan perkara-perkara yang tidak sihat.




No comments:

Post a Comment