Tuesday, 4 October 2011

Globalization And Development ( The New Global Society )

            Menurut Kamus Dewan, globalisasi didefinisikan sebagai fenomena yang menjadikan dunia mengecil dari segi perhubungan manusia disebabkan kepantasan perkembangan teknologi maklumat. (Teuku Iskandar (Dr.), et al., Kamus Dewan, Kuala Lumpur, Dewan Bahasa dan Pustaka, Cet. 5, Edisi 3, 2000, Hal. 408 ). Definisi lain yang ditakrifkan oleh cendiakawan barat ialah proses kehidupan yang serba luas dan infiniti dan merangkumi segala aspek kehidupan seperti politik, social dan ekonomi yang bleh dirasai oelh seluruh umat manusia didunia ini. Hal ini bermaksud segala-galanya menjadi milik bersama dalam konsep dunia tanpa sempadan.

            Perkembangan yang semakin hebat pada abad 21 ini memperlihatkan tentang perkembangan teknologi yang canggih dan ini menjadi pemangkin berlakunya pengglobalisasian dunia. Globalisasi juga merujuk kepada cara hidup dunia tanpa sempadan dan saling berkaitan antara satu sama lain. Dunia diibaratkan semakin kecil impak daripada teknologi yang semakin pesat membangun dari hari sehari. Pengaruh globalisasi bukan sahaja kepada ekonomi, budaya, ideologi dan politik, tetapi turut mempengaruhi banyak aspek kehidupan manusia itu sendiri.

            Dalam buku yang dipilih iaitu, Globalization And Development (The New Global Society) yang ditulis oleh Eugene D. Jaffe, beliau menyatakan tentang apa itu globalisasi, konsep dan peserta, apa kesan globalisasi, globalisasi baik atau buruk, apakah yang dimaksudkan globalisasi oleh Amerika dan alternatif globalisasi. Keenam-enam tajuk ini telah diterangkan dalam buku ini secara teliti. Pembaca boleh mempertimbangkan sendri keburukan dan kebaikan globalisasi pada masa kini dan masa akan datang. Walau bgaimanapun, globalisasi yang sering dikatakan menerangkan tentang hampir semua perkara dalam kehidupan manusia. Sebagai contoh, menghantar kumpulan angkasawan multinasional dalam satu misi ke bulan, penubuhan perjanjian perdagangan antara Amerika Syarikat, Kanada dan Mexico. keupayaan penonton di Amerika Syarikat untuk menonton secara langsung daripada stesen televisyen dari negara luar dan sebagainya.

            Kesimpulannya, selain sebab-sebab yang boleh di jadikan punca berlakunya globalisasi dunia kini, teknologi juga sangat memainkan peranan penting dalam pembentukan globalisasi. Sebahagian daripada aktiviti kehidupan manusia berkait rapat dengan globalisasi. Persoalannya, adakah globalisasi dapat memberi lebih banyak dampak negatif berbanding dampak positif. Adakah globalisasi akan memberi banyak kesan yang buruk kepada rakyat atau sebaliknya?

No comments:

Post a Comment